Pages

Monday 17 May 2010

Mini Pizza

Buat ni untuk adik2 kat sini..diorang order 16 keping untuk dimakan lepas tadarus malam jumaat yang lepas..memang ponek buat sorang-sorang..nak buat camnekan..takde bibik..huhuhu..sayala bos dan sayala jugak bibik..hukhukhuk..:p

Guna resipi basic doh ..memang best jadi mini pizza ni..terima kasih tuk k.Nor..soft gituuu..diorang sume suka taww..hahaha..masuk lift tekan sendiri..perasan..(*^*)..lalalalala..

sebelum dibakar..
-
-
-
-
-
-
gambar selepas dibakar xdo..lupe nak snap..:(
source: k.nor..(sy c n p jela dr k.nor)
BASIC DOH
Bahan2

  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 1/2sk Garam
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 30gm butter
  • 30gm shortening
Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...